LAPORAN MENGENAI ALAM SEKITAR
Alam Sekitar
Sunday 27 November 2016
Sunday 20 November 2016
⏪ PENGENALAN ALAM SEKITAR ⏩
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya. Serta sumber sejagat semula jadi yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan juga iklim.
Alam sekitar merupakan alam tabii yang mempunyai unsur-unsur yang melibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan juga biotik. Unsur abiotik dikenali sebagai tidak hidup manakala unsur biotik pula dikenali sebagai unsur hidup seperti manusia dan ikan. kesemua unsur alam sekitar saling berkait rapat antara satu sama lain dalam suatu sistem yang harmoni dan dinamik. Alam sekitar terdapat tiga komponen iaitu alam sekitar semula jadi, alam sekitar buatan manusia dan alam sekitar sosiobudaya.
Persekitaran alam ini seharusnya dijaga dengan sebaik
mungkin dan terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan
masyarakat agar keadaan bumi kekal harmoni dan segar.
Masyarakat boleh mengamalkan guna semula bahan. Sebagai
contoh, bekas botol kaca dan pasu lama boleh dibasuh dan
digunakan semula sebagai tempat untuk menyimpan barang
ataupun keperluan. Selain itu, surat khabar, kertas kadbod
dan pembalut beg udara (bubble wrap) boleh digunakan semula untuk membungkus ataupun
menyimpan barangan yang mudah pecah.
➽ Aktiviti yang boleh dilakukan bagi menjaga alam sekitar:-
😉

⧬ Menjalankan aktiviti gotong-royong |
⧬ | Penggalakan terhadap penanaman tumbuh-tumbuhan |
⧬ Mengadakan Kem Kesedaran Alam Sekitar |
⧬ Terapkan diri untuk kembara ke tempat yang bercirikan alam sekitar |
Subscribe to:
Posts (Atom)